Isnin, 27 Jun 2011

Juan Mata Sasaran Wenger?

LONDON: Arsene Wenger akhirnya bersedia membeli pemain baru apabila Arsenal melancarkan bidaan tertinggi kelab berjumlah 18 juta (RM87.9 juta) untuk mendapatkan pemain tengah Valencia, Juan Mata.

Ketika pesaing Liga Perdana Inggeris lain sudah menguatkan pasukan sejak musim perpindahan dibuka, Gunners kini mempunyai perancangan tersendiri untuk berbelanja pada musim panas ini, bermula dengan mendapatkan bintang pasukan B-21 Sepanyol itu.


Pegawai kelab sudah bercakap dengan ejen dan bapanya, juga bernama Juan, dengan Mata gembira untuk membincangkan masa depannya selepas Kejohanan B-21 Eropah berakhir, hujung minggu lalu.

Pemain yang mempunyai kemahiran tinggi itu boleh beraksi sebagai pemain tengah dan sayap kiri serta antara pemain yang berada dalam skuad Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010, membuat penampilan sebagai pemain gantian selama 20 minit ketika menentang Honduras pada peringkat kumpulan.


Ketajaman mencari ruang untuk meledak gol dan lorongannya adalah sebab kenapa Wenger sanggup mengemukakan bidaan tertinggi kelab itu. - Agensi

sumber myMetro

p/s : beli la satu dulu baru yakin. spekulasi je banyak..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan